Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1XvVHKC1X Under Creative Commons License: Attribution

Sabtu, 6 Jun 2020

GADIS BERNAMA MEI-LIN

Seorang gadis Cina bernama Mei-Lin menikah dan tinggal bersama suami dan ibu mertua. Semenjak itu, Mei-Lin  menyedari bahwa dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan ibu mertuanya dalam semua perkara. Sikap dan prinsip mereka berbeza dan Mei-Lin sangat marah dan tidak begitu menyenangi ibu mertuanya. Mei-Lin juga sering dikritik ibu mertuanya. Hari demi hari, minggu demi minggu, Mei-Lin dan ibu mertua tidak pernah berhenti berleter dan bertengkar. Keadaan menjadi bertambah buruk, kerana berdasarkan tradisi Cina, Mei-Lin harus taat kepada setiap permintaan ibu mertua.

Semua ketegangan dan pertengkaran di dalam rumah menyebabkan si suami yang miskin itu berada di dalam tekanan. Akhirnya, Mei-Lin  tidak tahan lagi dengan sikap panas baran dan dominasi ibu mertuanya, dan dia memutuskan untuk melakukan sesuatu.

Mei-Lin pergi menemui teman baik ayahnya, Mr. Fei, yang menjual herba ubatan Cina. Mei-Lin  menceritakan segala masalah yang dialaminya dan meminta Mr.Huang memberinya sejumlah racun supaya masalahnya dapat diselesaikan.

Mr. Fei berfikir sejenak dan tersenyum dan akhirnya berkata, "Mei-Lin , saya akan menolong kamu, tapi kamu harus dengar dengan teliti dan melakukan apa yang saya suruh"

Mei-Lin menjawab, "Baik, saya akan melakukan apa saja yang pakcik minta."

Mr. Fei mencari-cari sesuatu di dalam sebuah bilik dan kembali beberapa minit kemudian dengan membawa sejumlah herba.

Dia memberitahu Mei-Lin , "Kamu tidak boleh menggunakan racun yang bertindak-balas cepat untuk membunuh ibu mertuamu, kerana nanti akan menyebabkan orang berasa curiga. Oleh sebab itu saya memberi kamu sejumlah herba yang secara perlahan akan meracuni tubuh ibu mertuamu. Setiap hari masakkan daging atau ayam dan kemudian campurkan sedikit herba ini. Untuk memastikan bahawa tidak ada orang yang mencurigaimu, kamu harus berhati-hati dan berbuat baik dengan ibu mertuamu. Jadikan dia sebagai sahabat. Jangan berdebat dengannya, taati dia, dan layani dia seumpama seorang ratu."

Mei-Lin  berasa sangat senang. Dia kembali ke rumah dan mula merancang pembunuhan ibu mertuanya.

Minggu demi minggu berlalu, bulan berganti bulan, dan setiap hari, Mei-Lin memasakkan ibu mertuanya dengan masakan yang dibuat secara khusus. Mei-Lin ingat segala pesanan Mr. Fei. Untuk mengelakkan sebarang kecurigaan, Mei-Lin berhati-hati mengawal emosinya, mentaati ibu mertuanya, melayan ibu mertuanya seperti ibunya sendiri dan bersahabat.

Setelah enam bulan berlalu, suasana rumah berubah menjadi ceria. Mei-Lin  telah belajar mengawal emosinya dengan baik sehingga hampir tidak pernah meledak dalam amarah atau kekecewaan. Dia tidak bertengkar sekalipun dengan ibu mertuanya, yang sekarang kelihatan jauh lebih baik dan mudah bersahabat.

Sikap ibu mertua terhadap Mei-Lin juga berubah. Dia mula menyayangi Mei-Lin seperti anaknya sendiri. Dia semakin senang memberitahu teman-teman dan kenalannya bahawa Mei-Lin adalah menantu terbaik yang pernah ditemuinya. Mei-Lin  dan ibu mertuanya sekarang sangat rapat di antara satu sama lain.

Suami Mei-Lin turut gembira melihat perubahan yang berlaku. Suatu hari, Mei-Lin datang menemui Mr. Fei dan minta pertolongan lagi. Dia berkata, "Mr. Fei, tolonglah saya untuk mencegah racun itu membunuh ibu mertua saya. Dia telah berubah menjadi seorang wanita yang sangat baik dan saya mengasihinya seperti ibu saya sendiri. Saya tidak ingin dia mati kerana racun yang saya berikan."

Mr. Fei tersenyum dan mengangkat kepalanya. "Mei-Lin , tidak usah bimbang. Saya tidak pernah memberimu racun. Herba yang saya berikan dulu adalah vitamin untuk meningkatkan kesihatannya. Satu-satunya racun yang pernah ada ialah di dalam fikiran dan sikapmu terhadapnya, tapi semuanya sudah lenyap dibersihkan oleh kasih sayang dan perhatian yang kamu berikan padanya."

Moral:

Pernahkah anda menyedari bahawa sebagaimana perlakuanmu terhadap orang lain akan sama dengan apa yang akan mereka lakukan terhadap kita?

"Pepatah China berkata: Orang yang mengasihi orang lain akan dikasihi"