Seorang ulama' sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhu.
Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.
Peramugari : Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia
Peramugari : Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia
akan mengotorkan tangki. (dengan suara yang dikeraskan..)
Ulama' : (dengan suara lembut dan penuh rendahdiri...) Berapa kali
saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari : (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam
sehari.
Ulama' : (Dengan bersahaja) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam
sehari..Ini bermakna kaki saya lebih bersih dari muka saudari