Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1XvVHKC1X Under Creative Commons License: Attribution

Isnin, 7 Oktober 2019

LAKNAT KUDA

Suatu hari, Abdullah bin Al-Mubarak pergi ke pasar. Dia telah melihat seekor kuda dijual dengan harga 40 dirham. "Alangkah murahnya kuda ini." katanya.

"Tetapi ada cacatnya," sahut pembeli yang lain.

"Apakah kecacatan kuda ini?" tanya Abdullah.

"Tidak boleh mengejar musuh dan tidak boleh lari dari musuh. Ia akan duduk tetap di tempatnya." ujar pembeli menghina kuda yang murah itu.

"Kalau begitu, kuda ini sungguh bernilai" kata Abdullah sambil berlalu dari situ.

Kuda hina yang dianggap bernilai oleh Abdullah itu akhirnya dibeli oleh anak muridnya. Ketika berlaku perang, dai maju ke medan dengan menunggang kuda itu dan ternyata, ianya berfungsi dengan baik sekali.

Mendengar berita itu, Abdullah bertanya muridnya, "Sudahkah engkau mencuba kecacatannya?"

Dengan jujur, muridnya menjawab, "Betul kuda itu sebagaimana yang tuan guru ceritakan. Ketika saya membeli kuda itu, saya membisikkan ke telinganya 'Hai kudaku, sesungguhnya aku telah bertaubat meninggalkan dosa, maka hari ini, kau harus meninggalkan cacat celamu," kata murid itu. Mendengarkan bisikannya itu, kuda itu menggerak-gerakkan kepala seolah-olah menjawab, "Aku telah meninggalkan dosa,"

Kepada gurunya, murid itu meneruskan cerita, "Di sini aku mengerti bahawa cacat cela itu bukan datang dari kuda, tetapi datang dari pemiliknya. Akibatnya orang kafir itu harus turun dari kudanya. Orang yang zalim seperti juga orang kafir, akan dilaknati oleh kudanya."

Kepada gurunya, murid itu menghuraikan firman Allah dalam surah Hud ayat 8 yang bermaksud : "....ingatlah, kutukan Allah akan ditimpa pada orang-orang yang zalim,"

Dalam ayat tersebut dikatakan, apabila Allah melaknati orang-orang zalim, seluruh miliknya termasuk kudanya akan sama dilaknatinya. Tak hairanlah jika kuda itu ikut melaknati tuannya yang zalim dan kafir itu. Begitu juga laknat yang menimpa orang munafik dan takabbur, sehingga terpaksa mengalah dan turun dari kuda tungganggannya.

Khamis, 3 Oktober 2019

BUNGA DAN RAMA-RAMA.

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan Bunga dan Rama-Rama

Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat


Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya

Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan


Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya

Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya


Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik

Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!

Cara Allah sentiasanya cara terbaik,
Walaupun kelihatan semuanya salah.

Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain
dari Allah, PERCAYALAH

Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.

Apa yang anda pinta...

....tidak semestinya apa yang diperlukan!

Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.

DURI hari ini... Adalah BUNGA hari esok!

ALLAH MENGURNIAKAN PILIHAN TERBAIK KEPADA MEREKA YANG MENYERAHKAN KETENTUAN KEPADANYA