Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1XvVHKC1X Under Creative Commons License: Attribution

Khamis, 22 September 2016

Rasulullah S.A.W Dan Pengemis Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". 


Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat.


Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan"


Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". 


"Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.


Ke esokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya.


Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?".


Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". 


"Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. "Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.


Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,"Aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW". 


Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...." Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Rabu, 14 September 2016

SINGA DENGAN ARNAB

Pada suatu pagi, singa terjaga daripada tidur. Ia berasa sangat lapar. Dari semalam ia tidak makan apa-apa.

"Hari ini aku mesti mendapatkan makanan, jika tidak aku akan mati kelaparan," fikir singa.

Singa pun keluar mencari makanan. Ia ingin memburu haiwan. Setelah penat meredah hutan dan belukar, tiada seekor haiwan pun ditemuinya. Singa menuju pula ke arah sebatang sungai. Ia berhenti seketika di sungai itu untuk minum air.

Selepas itu, singa duduk di tepi sungai untuk menghilangkan penat. Tiba-tiba ia ternampak seekor arnab keluar dari lubangnya. Singa menghampiri arnab itu. Kedatangannya tidak disedari oleh arnab. Singa terus menangkap arnab.

"Tolong! Tolong! Jangan bunuh saya! jerit arnab.

"Kamu akan menjadi hidangan saya hari ini," kata singa sambil tertawa.

Pada ketika itu, seekor rusa sedang melalui kawasan itu. Arnab dan singa ternampak rusa itu. Arnab mendapat satu akal untuk melepaskan diri.

"Wahai tuan, adakah tuan akan kenyang jika tuan makan saya kerana badan saya terlalu kecil. Cuba tuan tengok rusa itu. Badannya lebih besar. Jika tuan tangkap rusa itu, tentu tuan dapat makan sepuas-puasnya. Lagi pun rusa itu agak gemuk dan dagingnya sedap berbanding daging saya," kata arnab.

Singa terdiam mendengar kata-kata arnab.

"Tentulah daging rusa lebih sedap daripada daging arnab." fikir singa.

Singa pun melepaskan arnab. Ia terus mengejar rusa. Apabila ternampak singa, rusa terus melarikan diri. Ia lari dan bersembunyi di dalam hutan. Singa terus mengejar rusa itu dengan pantas. Lama-kelamaan singa berasa sangat letih. Perutnya juga sakit kerana terlalu lapar. Ia berasa kecewa kerana tidak dapat menangkap rusa itu. Ia juga menyesal kerana melepaskan arnab. Disebabkan sikapnya yang tamak, singa tidak berjaya memperoleh sebarang makanan.


Moral: 

Orang tamak selalu rugi.