Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1XvVHKC1X Under Creative Commons License: Attribution

Khamis, 22 September 2016

Rasulullah S.A.W Dan Pengemis Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". 


Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat.


Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan"


Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". 


"Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.


Ke esokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya.


Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?".


Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". 


"Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. "Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.


Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,"Aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW". 


Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...." Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Rabu, 14 September 2016

SINGA DENGAN ARNAB

Pada suatu pagi, singa terjaga daripada tidur. Ia berasa sangat lapar. Dari semalam ia tidak makan apa-apa.

"Hari ini aku mesti mendapatkan makanan, jika tidak aku akan mati kelaparan," fikir singa.

Singa pun keluar mencari makanan. Ia ingin memburu haiwan. Setelah penat meredah hutan dan belukar, tiada seekor haiwan pun ditemuinya. Singa menuju pula ke arah sebatang sungai. Ia berhenti seketika di sungai itu untuk minum air.

Selepas itu, singa duduk di tepi sungai untuk menghilangkan penat. Tiba-tiba ia ternampak seekor arnab keluar dari lubangnya. Singa menghampiri arnab itu. Kedatangannya tidak disedari oleh arnab. Singa terus menangkap arnab.

"Tolong! Tolong! Jangan bunuh saya! jerit arnab.

"Kamu akan menjadi hidangan saya hari ini," kata singa sambil tertawa.

Pada ketika itu, seekor rusa sedang melalui kawasan itu. Arnab dan singa ternampak rusa itu. Arnab mendapat satu akal untuk melepaskan diri.

"Wahai tuan, adakah tuan akan kenyang jika tuan makan saya kerana badan saya terlalu kecil. Cuba tuan tengok rusa itu. Badannya lebih besar. Jika tuan tangkap rusa itu, tentu tuan dapat makan sepuas-puasnya. Lagi pun rusa itu agak gemuk dan dagingnya sedap berbanding daging saya," kata arnab.

Singa terdiam mendengar kata-kata arnab.

"Tentulah daging rusa lebih sedap daripada daging arnab." fikir singa.

Singa pun melepaskan arnab. Ia terus mengejar rusa. Apabila ternampak singa, rusa terus melarikan diri. Ia lari dan bersembunyi di dalam hutan. Singa terus mengejar rusa itu dengan pantas. Lama-kelamaan singa berasa sangat letih. Perutnya juga sakit kerana terlalu lapar. Ia berasa kecewa kerana tidak dapat menangkap rusa itu. Ia juga menyesal kerana melepaskan arnab. Disebabkan sikapnya yang tamak, singa tidak berjaya memperoleh sebarang makanan.


Moral: 

Orang tamak selalu rugi.

Jumaat, 26 Ogos 2016

Kisah adik-beradik

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam-macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya.

Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi."

Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

"Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu."

Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.

"Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami."

"Selamatkan adik kami yang kelemasan."

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.


Catatan :

v      adik perempuan itu bernama Palestin.

v      adik lelaki itu bernama Iraq

v      abang-abang itu negara Arab yang kaya raya

v      adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.

v      adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam

v      mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC

v      bapa yang mati adalah khalifah

Rabu, 17 Ogos 2016

Iblis pun terkejut


Ada seorang manusia yang bertemu dengan iblis di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat dan berjanji mengikat tali persahabatan hingga ke akhir hayat. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka iblis pun sambil tersenyum berkata, “Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!”
Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, iblis tersenyum lebar sambil berkata, ” Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!”
Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, iblis mulai terdiam……
Kemudian ketika datang waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka iblis nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa dia seolah-olah sedang teringatkan sesuatu.
Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka iblis itu sangat panik. Ia rupanya tidak dapat menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, “Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !”
Dengan kehairanan manusia ini bertanya, “Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru pagi tadi kita berjanji akan menjadi sahabat sehingga akhir hayat ?”.
“Aku takut !”, jawab iblis dengan suara gemetar.
“Aku dulu hanya sekali sahaja membangkang pada perintah Allah, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !”, kata iblissambil beredar pergi.

Sabtu, 13 Ogos 2016

Apa kata MANUSIA, MALAIKAT dan SYAITAN


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..




Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je.
P/S : cara sebar paling mudah..COPY LINK...pastu PASTE je kat dinding (wall) anda....kongsi dengan semua kenalan anda...tak rugi ingat kan diri, keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan

Ahad, 19 Jun 2016

Azan dan Roti

Diriwayatkan daripada Khalid bin Hamid (semoga Allah memberikan rahmat ke atasnya), beliau berkata pada zaman Nabi Isa A.S ada seorang perempuan yang kuat keimanannya, manakala dia sedang membakar roti, tiba-tiba terdengar suara azan, dengan serta merta dia tinggalkan rotinya pada tempat pembakarannya sedangkan dengan api dapurnya masih menyala, lalu dia pergi melaksanakan sembahyang.

Pada masa dia hendak dirikan sembahyang, tiba-tiba datanglah syaitan yang menyerupai seorang perempuan menemuinya, seraya berkata “Wahai saudaraku, sesunguhnya telah hangus roti yang engkau bakar pada tempat pembakarannya.”Maka perempuan tersebut menjawab “Sesungguhnya Tuhan yang aku sembah adalah terlebih baik daripada roti yang aku bakar” maka syaitan yang merupakan dirinya seperti perempuan itu tidak dihiraukannnya lagi.
Oleh kerana tidak berhasil menggoda seorang wanita yang kuat keimanannya itu, dengan rasa sangat kecewa dan putus asa syaitan pun pergi meninggalkannya.
Selepas sembahyang, wanita itu memasukkan anaknya ke dalam tempat membakar roti.Pada masa yang sama datanglah suaminya dan dia amat terkejut mendapati anak-anaknya duduk di atas dapur pembakaran roti sambil bermain dengan bara api.
Setelah itu dia pergi untuk menemui Nabi Isa A.S dan diceritakanlah tentang isteri dan anak-anaknya sebagaimana yang telah dilihatnya.Apabila mendengar khabar demikian, maka Nabi Isa berkata “Cubalah tunjukkan padaku di mana mereka berada supaya aku dapat lihat secara langsung” Maka suaminya membawa Nabi Isa ke tempat kejadian itu dan mendapati benarlah apa yang diceritakan oleh suami perempuan itu.

Nabi Isa melihat kejadian yang ajaib di mana dia mendapati beberapa kanak-kanak sedang bermain dengan bara api manakala di dalam api tersebut terdapat pohon delima yang sedang berbuah dan kanak-kanak itu memakan buahnya.Kemudian tiba-tiba sahaja bara api itu berubah menjadi batu aqiiq (batu-batu kecil yang indah) dan permata.Maka bermainlah kanak-kanak itu di dalamnya.

Melihatkan kejadian yang aneh itu, Nabi Isa lalu berkata “Bawalah perempuan itu kepadaku.”Setelah perempuan itu datang menemuinya. Nabi Isa bertanya “Wahai hamba Allah, amalan apakah yang sentiasa engkau amalkan sehingga mendapat kemulian seperti ini?”

Jawab perempuan itu “Wahai Nabi Allah Isa, sesungguhnya aku sentiasa menjaga tiga perkara serta aku amalkan perkara itu.Adapun yamh tiga perkara itu ialah aku sentiasa memelihara air wuduk dan aku sediakan air untuk berwuduk.Apabila wudukku batal, maka aku gantikan dengan wuduk yang baru.Aku juga selalu menziarahi orang mati sebagaimana dibuat oleh orang lain.Maka apabila ada diantara orang-orang yang hadir mengungkit keburukan si mati, maka aku cela orang tersebut.Dan segala hajat manusia memerlukan bantuanku, sekirannya aku berkuasa untuk melaksanakannya, maka segera aku tolong semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah.Hanya itulah amalan yang sentiasa aku jaga dengan sebaik-baiknya.

Apabila mendengar penjelasan perempuan yang kuat keimanannya itu, lalu Nabi Isa A.S bersabda “Sesungguhnya amalan itu adalah perangai dan amalan para Nabi. Jika perempuan ini adalah seorang lelaki, maka aku naik saksi bahawasanya dia adalah seorang nabi tetapi Allah tidak memberikan pangkat kenabian pada kaum wanita”


Rabu, 8 Jun 2016

SEDEKAH YANG PALING MURAH

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki , Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Tuan Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.
Sebagaimana kata Rasulullah,"Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."Namun demikian tidak bererti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh maupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih. Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah riak muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Khamis, 7 Januari 2016

SUNGAI YANG TUNDUK ATAS PERINTAH SAIYIDINA UMAR IBNUL KHATTAB

Tatkala negeri Mesir mula ditakluki oleh tentara Islam Khalifah Umar Ibnul Khattab yang memerintah Kerajaan Islam ketika itu telah melantik Amru Bin Al As sebagai gabenor di wilayah islam yang baru itu. Amru Bin Al As memang terkenal seorang pahlawan Islam yang berani serta pentadbir yang cekap dan bijaksana. 


Semasa Amru Bin Al As menjadi gabenor Mesir, suatu peristiwa ganjil telah berlaku. Air sungai Nil dikatakan akan berhenti mengalir beberapa bulan lagi dan penduduk-penduduk Mesir bercadang untuk melakukan upacara jahiliah ialah mengorbankan seorang anak gadis yang cantik ke dalam sungai itu. Mereka mendesak Amru Bin Al As supaya melakukan upacara itu. Beliau yang sebagai pemerintah Islam dan tokoh sahabat Rasulullah SAW tentu sekali berkeras tidak mahu melakukan sebab terang sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang suci. 

Tidak berapa lama kemudian air sungai Nil benar-benar mulai kering. Oleh kerana pertanian di negeri Mesir itu bergantung kepada air sungai tersebut, penduduk-penduduk pun menjadi semakin cemas. Ada sebahagian mereka terpaksa berpindah ke kawasan tanah lain yang lebih subur. 

Keadaan ini akhirnya memaksa Amru Bin Al As menulis surat kepada Khalifah Umar Ibnul Khattab di Madinah untuk meminta pandangannya. Amru Bin Al As sendiri merasa serba salah tentang bagaimana hendak menyelesaikan masaalah yang dihadapinyaitu. Tidak lama kemudian Saiyidina Umar Ibnul Khattab pun mengirim jawapannya melalui sepucuk surat. Tetapi apakala surat itu sampe ke tangan Amru Bin Al As gabnor Mesir itu didapatinya surat itu tidak ditujukan keapdanya bahkan kepada Sungai Nil itu sendiri. Sebelum Amru Bin Al As mencampakkan surat itu ke dalam Sungai Nil yang hampir kekeringan itu ia sempat juga membaca isi surat itu yang berbunyui kira-kira demikian: 

"Surat ini dikirimkan kepada Sungai Nil oleh Umar, hamba Allah dan Amirul Mukminin. 

"Wahai Sungai Nil! Jika air yang mengalir di sungai ini adalah atas kuasamu maka ketahuilah bahawa kami tidak memerlukan kau, tetapi jika ianya mengalir di atas kekuasaan Allah swt maka kepadaNya kami pohonkan agar mengalirkan air di sungai ini." 

Demi setelah surat itu Gabenor Amru mencampakkan ke dalam sungai tersebut, adalah diriwayatkan bahawa sungai itu pun dipenuhi semula oleh air sedalam empat-puluh lapan kaki pada malam itu. Semenjak hari itu lenyaplah amalan-amalan jahiliah yang lama lagi karut itu di kalangan penduduk Mesir.