Angin, datang terburu-buru seperti orang yang sedang marah. Selalu melompat di sini dan menendang debu di
Mereka saling menyukai, meskipun sangat berbeza di antara satu sama lain. Ketika mereka harus berpisah, mereka bertanya, "Bila kita dapat bertemu untuk berjalan bersama lagi?"
Angin menjawab, "Engkau boleh menemui aku di puncak gunung-gunung atau melompat-lompat di sekitar kakimu. Meniup debu ke mana kamu pergi."
Air berkata, "Aku juga akan selalu ada disekitarmu. Kamu boleh pergi ke laut atau ke sungai, bahkan ke dapur, untuk menemuiku."
Nama Baik tidak mengatakan apa-apa.
Angin dan Air bertanya,"Nama Baik, bila dan dimana kita akan bertemu lagi?"
Nama Baik menjawab, "Kamu tidak akan bertemu aku lagi di mana pun. Sesiapapun yang telah kehilangan aku sekali , takkan pernah dapat memperolehi aku lagi."
Moral:
Kita perlu sentiasa menjaga maruah dan nama baik diri kita dan keluarga kerana jika sekali kita kehilangannya, amat sukar untuk kita memperolehinya sekali lagi.